NS tidak hanya bergantung kepada Owona


Khabar yang mengatakan bahawa Negeri Sembilan bergantung kepada Effa Owona disangkal oleh Shakir Ali dengan dua gol dengan Johor FC.

Owona telah menjaringkan kesemua empat gol Negeri Sembilan dalam dua perlawanan sebelum bertemu Johor FC di pasir Gudang. Dan mereka dikatakan lemah tanpa pemain Cameroon itu.

Tetapi Sahkir yang gagal untuk menarik perhatian pada Piala Sumbangsih dengan Kelantan dan juga dengan Selangor menyerlah ketika menentang Johor.

Shakir yang pernah menjadi dalam perancangan jurulatih kebangsaan, K.Rajagobal menjaringkan gol pertama dan kemenangan buat Negeri Sembilan.

Jurulatih Negeri Sembilan memuji persembahan pasukannya yang memberikan kemenangan pertama pasukan tanpa pemain yang cedra, Shukor Adnan dan Idris Karim.

"Pemain memberikan kemenangan di tempat lawan yang baik malam ini (Sabtu)," kaat Azraai selepas perlawanan.

"Selepas Piala Sumbangsih dan perlawanan dengan Selangor, ramai mengatakan kami terlalu bergantung kepada Owona tetapi pemain muda pasukan malam ini bangkit dengan cabaran dan buktikan diri mereka.

"Kami telah mengalami beberapa kecederaan, terutama sekali Shukor dan Idris yang kehilangan mereka amat dirasai.

"Tetapi kami melakukan yang sebaiknya untuk mendapatkan tiga mata dan saya mampu menurunkan dua lagi pemain muda pada akhir masa.

"Dengan musim panjang akan datang, kami harus memberikan pemain muda peluang kerana kami mempunyai dua misi, mengumpul mata dan membentuk pemain," kata Azraai yang mahu menang apabila bertemu Perak esok.

Ulasan