HANGIT:Model separuh bogel peraga lukisan

MIAMI - Beberapa model memperagakan tubuh mereka yang dicat dengan pelbagai gambar lukisan haiwan di Miami, Florida, lapor sebuah akhbar semalam.

Model-model itu beraksi dalam keadaan separuh bogel tetapi sebahagian tubuh mereka dibaluti dengan gambar lukisan seperti kucing hitam, rama-rama dan kala jengking.

Namun, sebutir peluru di leher merupakan satu-satunya barangan perhiasan yang dipakai oleh mereka dalam pertunjukan fesyen itu. Model-model itu beraksi dalam majlis tahunan untuk tujuan keamanan yang diadakan di Resort Eden Roc di sini baru-baru ini.

Seorang pereka fesyen, Rafi Anteby dari Israel berkata, dia mempunyai pengalaman melihat kesan peperangan dan mahu melakukan perubahan terhadap pemikiran manusia berhubung isu peperangan.

"Saya menjadi saksi terhadap konflik yang berlaku dalam kehidupan saya termasuk peperangan di Asia Barat dan keganasan di Afrika.

"Saya berasa kagum bagaimana manusia mendapat dunia yang indah tetapi malangnya mereka mengisinya dengan kekacauan dan huru-hara," katanya. - Agensi

Ulasan