HANGIT:Kerjaya penari lucah peserta TV terbongkar

NEWCASTLE - Seorang peserta program pencari bakat nyanyian X Factor di Britain, Amie Buck, 22, didakwa pernah bekerja sebagai penari lucah, lapor sebuah akhbar semalam.
Pendedahan itu dilakukan oleh seorang rakan rapatnya yang memberitahu, Amie memperoleh upah £500 (RM2,800) seminggu di sebuah kelab malam Blue Velvet di sini.
Pendapatan tersebut membolehkan Amie yang merupakan penari paling popular di kalangan pelanggan, mampu membayar kos pembedahan plastik bagi membesarkan payu daranya.
"Dia memang cantik dan memiliki perwatakan hebat, sekali gus menjadikan dia mempunyai wang mencukupi bagi menampung operasi pembedahan payu dara," katanya.
Dalam program realiti yang disiarkan stesen ITV1 pada Sabtu lalu Amie nyaris tersingkir apabila gagal membawa dengan baik lagu Fallin' yang dipopularkan oleh penyanyi Alicia Keys.
Namun juri Cheryl Cole dan Simon Cowell memberi peluang kedua kepadanya.
Rakannya itu berkata, Amie yang menetap di apartmen Gateshead Quays cuba merahsiakan kerjaya sebenarnya dengan mendakwa dia ialah pengajar peribadi. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?