GEMPAR:Pelajar wanita jumpa kamera intip bogel

TAMPA, Florida - Dua pelajar wanita dari Bulgaria terkejut apabila mendapati terdapat beberapa kamera tersembunyi yang mengintip pergerakan mereka di setiap bilik dalam apartmen mereka di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Kedua-dua pelajar itu, Vanya Amokovareva, 22, dan Ralitsa Dzhambazova, 23, bertindak menghubungi polis apabila mereka mendapati terdapat kamera tersembunyi pada alat pengesan asap.Kamera itu juga didapati terdapat di dalam bilik mandi.
Selama tiga bulan mereka berada di dalam apartmen tersebut, setiap pergerakan pelajar itu dirakamkan menerusi kamera berkenaan.Mereka menemui kamera itu pada Isnin lalu.
"Saya tidak pernah menjangkakan perkara seperti ini akan berlaku pada saya dan rakan saya," kata Dzhambazova.
Menurutnya, mereka datang ke sini untuk menghabiskan cuti musim panas dengan bekerja di Amerika Syarikat.Para penyiasat kini mencari individu yang meletakkan kamera itu. - Agensi

Ulasan