GANAS:Suami biar kekasih isteri bogel kesejukan


SEORANG lelaki China, Sun Meng, 25, yang ditangkap sedang bermadu asmara bersama kekasihnya bertindak melarikan diri dalam keadaan berbogel
selepas dikejar suami wanita tersebut, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun langkah Sun Meng tidak panjang kerana dia hanya mampu berdiri di atas sebuah unit pemampat luar pendingin udara di Chengdu, 2,064 kilometer dari Beijing.
Drama itu mula mendapat perhatian ramai setelah si suami yang geram mengutuk perbuatan Sun Meng malah ada jiran bertindak merakam gambar suspek dalam keadaan bogel serta menggigil.
Foto bogel Sun Meng kemudian dihantar untuk siaran sebuah laman web komuniti tempatan. Kata Sun Meng, ramai jiran mentertawakan dirinya apabila melihat dia berbogel tetapi katanya, tidak ramai mengetahui suasana di luar pada waktu itu amat sejuk. - Agensi

Ulasan