Rumah anak yatim di Puchong terbakar

KUALA LUMPUR: Seramai 33 kanak-kanak dari rumah anak yatim "House of Joy" hilang tempat berlindung apabila rumah dua tingkat yang mereka diami musnah dalam kebakaran di Taman Tenaga, dekat Puchong, di sini, hari ini.
Kebakaran pada pukul 10.50 pagi itu dipercayai bermula di salah sebuah bilik di tingkat atas sebelum merebak ke bahagian lain sehingga memusnahkan keseluruhan tingkat atas bangunan itu manakala 60 peratus daripada tingkat bawah rumah berkenaan turut musnah. 
Bagaimanapun, 20 kanak-kanak berusia antara enam hingga 17 tahun yang berada di tingkat bawah ketika itu berjaya diselamatkan.

Pemangku Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Anuar Harun berkata sebanyak tiga jentera bomba dengan 27 anggota dan pasukan siasatan forensik tiba di tempat kejadian pada pukul 10.59 pagi untuk mengawal kebakaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?