Penyanyi Lee Mi protes dalam keadaan bogel


TAIPEI - Seorang penyanyi, Lee Mi mencetuskan kekecohan kerana dia melakukan protes separuh bogel di depan pejabat Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou di sini semalam.

Tindakan itu dibuat kerana dia mahu membangkitkan kesedaran mengenai kempen keselamatan nuklear.
Dalam protes itu, dia duduk sambil memegang poster yang menutup payudaranya manakala beberapa orang lagi memakai baju berwarna putih.

Bagaimanapun, beberapa anggota polis datang dan menghampiri penyanyi berkenaan.

Tubuh badan penyanyi itu yang separuh bogel kemudian ditutup dengan sehelai kain oleh anggota-anggota polis wanita.

Ulasan