Mahkamah arah ujian dara ke atas tahanan wanita dihenti


KAHERAH: Mahkamah semalam mengarahkan ujian dara secara paksa ke atas tahanan wanita di penjara tentera, dihentikan.
Kes itu difailkan oleh Samira Ibrahim, seorang wanita yang berkata pihak tentera mengarahkan dia menjalani ujian dara April lalu, setelah dia ditahan ketika tunjuk perasaan di Dataran Tahrir, di Kaherah. 
Organisasi Hak Asasi Manusia berkata, ujian seperti itu banyak dilakukan oleh tentera.

“Mahkamah mengarahkan prosedur ujian dara terhadap gadis di penjara tentera dihentikan serta merta,” kata Ketua Pentadbiran Mahkamah, Hakim Aly Fekry.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?