Julia Perez lepas marah



JAKARTA: Julai Perez (Jupe) sekali lagi menjadi buah mulut peminat hiburan Indonesia selepas dia menghamburkan kemarahan melalui Twitter, kelmarin. Bagaimanapun, sehari kemudian, Jupe - menggunakan blog mikro sama - meminta maaf atas sikapnya itu.
Dalam catatan ringkasnya, Jupe berkata, dia bersikap berlebihan apabila mencurahkan isi hatinya apabila dia disamakan dengan bintang porno dalam satu daripada program stesen televisyen Trans 7.

“Saya sangat kecewa dengan cara penyampai yang kurang jelas menyatakan diri saya sebenarnya.


“Walaupun saya diwawancara, tetapi apa yang disiarkan tidak sama dengan keterangan diberi, seolah-olah mereka tidak mengikut kod etika kewartawanan yang jelas,” katanya.

Kemarahan Jupe berpunca daripada program Mata Lelaki terbitan Trans 7 yang menyamakan dirinya dengan pelakon filem lucah.


Selain menyatakan kemarahan, Jupe turut menyumpah seranah program itu serta mengecam Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Trans 7, Wishnutama Kusubandio.Kata Jupe, semua pihak sepatutnya cuba untuk tidak mengecewakan orang lain kerana permohonan maaf tidak selamanya dapat menyelesaikan masalah.


“Saya diwawancara sebagai pelakon filem seram, tetapi yang diterbitkan sama sekali tidak ada kaitan.“Memanglah saya bukan suci, tetapi kita harus memperbetulkan keadaan,” katanya.


Jupe juga kesal kerana digambarkan sebagai artis yang memiliki buah dada menarik hasil pembedahan plastik.

“Kepada Wishnutama, saya minta maaf kerana bersikap berlebihan semalam (kelmarin),” katanya. - DH

Ulasan