Honda musnah kereta


BANGKOK: Pembuat kereta Jepun, Honda, mula memusnahkan kira-kira 1,000 kereta di Thailand semalam, untuk meyakinkan pembeli, kenderaan yang rosak ketika krisis banjir baru-baru ini tidak akan dijual.
Proses memusnahkan dijalankan di kilang Honda di tengah wilayah Ayutthaya dan kerja itu dijangka mengambil masa sebulan. 
Kilang itu terletak di Taman Perindustrian Rojana, di mana banjir yang berlaku awal Oktober lalu menyebabkan kerja pembuatan terhenti dan gambar dari udara menunjukkan beratus-ratus kereta baru terendam di dalam banjir.

Timbalan Presiden Eksekutif Honda Automobile, Pitak Pruittisarikorn berkata, “Walaupun berjaya meletakkan kenderaan baru yang menunggu untuk dihantar ke tempat selamat, kira-kira 1,055 kenderaan berada di dalam kilang rosak teruk akibat banjir.” - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?