Remy Ishak Buat Hal Lagi?



Agak terkejut apabila membaca status twitter pelakon popular, Remy Ishak baru-baru ini. Bunyinya agak kasar dan melampau. Kalau betul marah tapi tidak akanlah sampai ke tahap sebegitu.
Bukannya apa sebelum ini dia pernah diboikot gara-gara sikap kurang sopan kepada wartawan senior sebuah penerbitan.
Meskipun telah berlalu namun bagi yang terkena, kesannya pasti masih terasa. Kini Remy Ishak buat hal lagi dan tak pernah serik. Tanpa berfikir panjang Remy Ishak menegur kolum gosip mingguan sebuah penerbitan.
Remy menegur kolum tersebut setelah menyiarkan cerita mengenai dirinya yang bertajuk Akhirnya Mengaku Jua rentetan pengakuannya yang kini berpacaran dengan kekasih hatinya Tiz Zaqyah minggu lalu.
Walaupun twitter itu miliknya, namun amatlah tak sesuai. Antara luahannya ialah "...kalau nak tulis pakai otak serta kalau sogok pembaca dengan taik, maka taiklah yang lekat di otak pembaca".
Seharusnya Remy lebih cool dalam mengendalikan perkara tersebut. Tambahan lagi awak merupakan seorang pelakon yang mempunyai begitu ramai pengikut jadi sebelum meluahkan perasaan patut berfikir dahulu baik dan buruknya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?