Hai-O kena lamar, belum buat keputusan


AYAM tambatan Negeri Sembilan, Hairuddin Omar yang menjadi pemusnah Terengganu pada final Piala Malaysia, Sabtu lalu, belum membuat sebarang keputusan mengenai pasukan akan disertainya musim depan.
Walaupun sebuah pasukan berminat mendapatkan khidmat penyerang berbisa itu, dia belum membuat sebarang keputusan muktamad.
“Saya tidak nafikan ada tawaran itu tapi ia masih dalam perbincangan dan belum ada keputusan dibuat. Ini kerana saya masih mempunyai kontrak dengan PBNS berakhir hujung bulan ini,” katanya.

Hairuddin yang sedang bercuti di Terengganu enggan mendedahkan pasukan dimaksudkan itu kerana tidak mahu timbul kekeliruan.
Menurutnya, tumpuannya kini meraikan kejayaan bersama peminat dan penyokong Negeri Sembilan menjulang piala keagungan itu.
“PBNS sudah menyusun aktiviti mengarak trofi kemegahan itu di seluruh daerah negeri itu bagi membolehkan peminat bersama merayakan kejayaan cemerlang itu,” katanya.


Sumber-myMetro








Ulasan