[ GAMBAR ] Konsert 'Wings Opera Hidup Superfriends' Mantap!!

Wings Opera Hidup Superfriends
Aksi Tersendiri Kumpulan Lagenda Rock! 
Kumpulan Orkestra Yang Turut Mengiringi Persembahan
Eddie dan Black seperti biasa tidak menghampakan peminat dengan persembahan yang kekal bertenaga.
Nampak tak baju awie tu?? Seluar ganas baju merah ganas tapi pakai kot kat luar. haa nampak permainan Awie kat situ.. hehe
Gitaris utama kumpulan Wings, Joe berjuang bersama Wings sejak tahun 1988 sehingga kini.
Awie menganggotai Wings sejak tahun 1985 sehingga 1993 dan menyertai semula pada tahun 2002 sehingga kini.
Eddie adalah satu-satunya anggota kumpulan yang tidak pernah keluar dari kumpulan ini!
3 Vokalis yang pernah berjuang dengan Wings!
Black menyertai Wings sejak awal penubuhan sehingga tahun 1990 dan di ganti oleh Jojet sebelum kembali memantapkan Wings pada tahun 1994!
Mus dan Awie, otai rock yang tetap legend!
Bandana atau selendang di mic stand sudah menjadi trend awie membuat persembahan!

Mel antara penyanyi yang pernah berjuang dengan wings dan menghasilkan album bertajuk Orang Asing!
Mus juga pernah menjadi vokalis Wings pada tahun 1996 hingga 2001 dengan menghasilkan 6 album termasuklah album Mr. Barbarik!

Pada malam terakhir kumpulan Wings turut menerima anugerah Ikon Rock kerana kejayaan mereka memperjuangkan muzik berkenaan dalam industri hiburan negara selama 25 tahun...

Foto kredit to Azlina Abdulah from thE staR


Ulasan