CARTA DAN JADUAL TERKINI LIGA SUPER DAN EPL SERTA FINAL LIGA JUARA-JUARA!!

Assalamualaikum..
Ok kali ini sedikit perkembangan mengenai sukan bolasepak MSL dan EPL serta Liga Juara-juara.Kita mulakan dengan Liga Super.


Selepas mengharungi 17 perlawanan Kelantan masih kekal di puncak liga berkongsi 36 mata dengan Selangor dan hanya di bezakan dengan perbezaan jaringan.Seperti biasa pasukan favourite aku iaitu N.Sembilan berjaya menongkah ke tangga ke 8 dengan 20 mata selepas membenam Perak 3-1 pada perlawanan terakhir mereka.
Berikut adalah jadual perlawan akan datang:



Ok sekarang kita pergi ke EPL pula.




Manchester United kekal sebagai peneraju liga dengan 73 mata dan di ikuti rapat oleh Chelsea dengan 70 mata.
Jadual perlawan pada minggu ini adalah seperti berikut:




Perlawanan tumpuan minggu ini semestinya antara Manchester United Vs Chelsea.Perlawanan tersebut bakal menentukan kedudukan kedua-dua pasukan dalam liga dan mungkin kedudukan M.U bakal tergugat sekiranya kalah kepada Chelsea.
Dan akhir sekali nak cerita pasal Liga Juara-juara.

FINAL- 28 MAY 2011



Akhirnya penentuan juara bagi Liga Juara-juara 2011 hampir sampai ke penamat selepas Manchester United dan Barcelona layak ke final.
Barcelona layak selepas mengalahkan Real Madrid dengan aggregat 3-1 manakala Manchester United layak selepas membenam Schalke dengan aggregat 6-1.Untuk maklumat perlawanan akhir akan berlangsung pada 28 May 2011 di Stadium Wembley,London.
Sekian laporan sukan dari E-nyce Han Blog.




kredit - source dan snapshot DARI sokernet.




"Majulah Sukan Untuk Dunia"

Ulasan