Azraai Menyokong Tindakan Presiden PBNS Membuat Pendedahan Skandal Rasuah Libatkan Skuad Piala Presiden Negeri Sembilan

Kita telah di kejutkan dengan pendedahan Presiden PBNS Dato Seri Utama Mohamad Hasan mengenai skandal rasuah yang melibatkan skuad Piala Presiden Negeri Sembilan.
Seperti sedia maklum Tok Mat telah mendedahkan seramai 16 pemain telah terlibat dan satu laporan polis telah di buat di IPD Seremban.Jurulatih skuad Piala Presiden Yusarman telah di gantung tugas namun telah menghantar surat perletakan jawatan selepas itu kepada PBNS.Ibu Pejabat Polis Bukit Aman akan menjalankan siasatan awal dalam tuduhan kes rasuah ini dan jika bersabit akan memanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia utk membantu
siasatan.Keterangan dan siasatan atas dakwaan rasuah dalam pasukan Piala Presiden N. Sembilan akan dijalankan sendiri oleh Unit D9 Bukit Aman Kuala Lumpur.
Menteri Besar dengan tegas tidak mahu para pemain muda skuad Piala Presiden ini terbabit serta terjebak dalam gejala buruk ini yang hanya akan merosakkan masa depan mereka seterusnya menjatuhkan imej bolasepak Negara.PBNS akan mengadakan mesyuarat untuk membuat keputusan samada perlu menggantung skuad Piala Presiden ini atau pun menunggu laporan lengkap siasatan Polis kelak.
Saya juga telah sempat bertanya dan meminta pandangan jurulatih skuad senior Liga Super Negeri Sembilan iaitu Azraai Khor di Fan Page beliau mengenai perkara ini.
Petikan dari komen Azraai "Saya sokong pendedahan Dato` Seri Presiden...Satu tindakan yg berani dan ikhlas terhadap bolasepak negeri....setelah memberi segala kemudahan dalam pembangunan bolasepak kita,tentu nya Dato` Seri bagitu kecewa dgn tindakan pemain2 yg mengkhinati kita semua.Saya sangat2 berharap yang pemain2 dalam squad Liga Super kita tidak terlibat.Sendiri mahu ingat.....kabajikan telah dijaga dgn baik oleh PBNS....kalau maseh lagi tamak....lu pikir lah sendiri....contoh yg terlibat tahun 90`an dah ada." 
Seorang peminat juga sempat bertanya apakah punca utama pemain sanggup mengambil rasuah beliau menjawab sifat tamak,tiada jati diri yang mendorong mereka ke arah tersebut.

Harapan peminat supaya kes ini dapat di selesaikan secepat mungkin supaya imej dan kredibiliti PBNS dan skuad Piala Presiden dapat dibersihkan seterusnya meningkatkan kembali sokongan dan prestasi pasukan.



Ulasan