Malaysiakini Di Hack! Tak Boleh Di Akses! Angkara Siapa??


Sehingga jam 6.00 petang tadi, laman web Malaysiakini masih tidak boleh diakses kepada pembaca selepas semua pelayannya (server) gagal berfungsi sejak jam 11 pagi tadi.
Pembaca tidak dapat membaca berita yang dikendalikan di pelayan yang dihoskan di dua pusat data - TM Brickfields dan Jaring.
Petugas teknikal Malaysiakini sedang berusaha menyelesaikan ganguan itu sejak pagi tadi dan telah mengenalpastinya sebagai serangan 'denial-of-service attack'.Serangan siber itu dipercayai menggunakan beberapa komputer dari lokasi berbeza di dunia bagi menyebabkan pelayan Malaysiakini tidak mampu mengendalikan jumlah trafik yang sebegitu banyak.
Malaysiakini sedang berusaha memuat-naikkan bahan berita melaui pelayan baru. Semua berita hari ini sedang dimuatkan ke Facebook. Pembaca boleh mengakses Malaysiakini melalui Nota ia Facebook.

Ulasan

Catat Ulasan

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?