Emma Maembong Sah Berpisah Dengan Zizan Razak

Menerusi Instagram beliau juga, Emma Maembong memuat naik klip lagu berjudul Already Gonenyanyian Kelly Clarkson yang ramai sedia maklum lagu rasmi untuk mereka yang sedang patah hati dengan kekasih yang tidak menghargai. Cewah.ni merupakan kali kedua kisah perpisahan Emma Maembong dan Zizan Razak dipaparkan di dada media dalam masa tiga minggu dan kali ini ianya nampak seakan hubungan mereka seperti tidak dapat diselamatkan lagi dengan pihak perempuan sudah tawar hati — khabarnya.
Utusan Malaysia semalam menulis yang Emma Maembong sendiri meminta kepada Zizan Razak supaya hubungan mereka tidak diteruskan lagi dan pelakon itu sendiri boleh dilihat terbang bercuti ke Pattaya, Thailand bersama rakan rakan untuk menenangkan hati.

Ulasan