Awal Ashaari Dedah Wajah Anak

Serba tidak kena nampaknya jika diri bergelar selebriti. Awal Ashaari & Scha al-Yahya baru baru ini telah didesak segelintir peminat untuk berkongsi gambar anak sulung mereka namun kedua dua mereka nampaknya
ada pendirian sendiri dalam hal ini.Menerusi Instagram beliau, Awal Ashaari memaklumkan yang mereka hanya akan kongsikan foto atau wajah anak sulung mereka selepas isterinya, Scha al-Yahya habis berpantang 44 hari menerusi hashtag #abispantangbarubolehkenal.
Okay sekarang hashtag pun bahan berita, selamat datang ke masa hadapan.
Ramai juga peminat meninggalkan komen menyokong tindakan Awal Ashaari & Scha al-Yahya ini namun tidak kurang juga terus mengatakan tidak wajar untuk mereka berdua merahsikan identiti anak mereka terlalu lama dari tatapan para peminat. Eh.
Scha al-Yahya selamat bersalin kira-kira pukul 5.50 petang pada 22 Julai lalu di Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur dan bayi perempuan seberat 3.17 kilogram itu dilahirkan secara normal. Masih belum ada nama didedahkan buat bayi sulung mereka ini. 

Ulasan